Friday, May 20, 2011
Perjalanan Kehidupan.
Adakalanya , kehidupan kita ini berputar seperti roda. kadang-kadang kita diatas dan adakalanya kita di bawah, semua yang kita lalui mengajar kita erti kehidupan serta mematangkan diri untuk menjadi lebih yakin dan memikirkan yang terbaik. Kejayaan memerlukan banyak pengorbanan , kesusahan hari ini insyaAllah menjadi titik permulaan untuk kejayaan dimasa akan datang. bukan senang untuk berjaya , bukan susah jugak untuk susah .. tahun 2011 baru saja hampir sampai ke pertengahan tahun dugaan untuk tahun ini adakalanya hampir mahu berputus asa tetapi memikirkan keluarga serta cinta hati semangat itu kembali hadir untuk kembalikan senyuman mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa keatas segalanya Allah S.W.T jugalah yang menentukan segalanya , Peluang yang diberikan akan dimanfaatkan sebaik mungkin , doa dipanjatkan agar semangat ini kekal sehingga tamatnya perjuangan untuk melihat keluarga tercinta serta sijantung hati kembali ceria. tanggung jawab yang diberikan bukanlah mudah , banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Bersyukur kerana aku masih memiliki keluarga yang memahami, cinta hati yang sangat bertolak ansur serta kawan2 yang sentiasa bersama saat susah dan senang, Pada KAWAN yang hanya datang ketika Gembira Dan Pergi Ketika Duka terima kasih juga kerana menjadi sebahagian dari kisah hidupku . Semoga Allah Merahmati Kita Semua .. aminnn...