Tuesday, May 3, 2011

KASIH IBU.

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu 



saat aku menulis entry ini, hatiku merindukan ibu FL yg telah kembali ke Rahmahtullah , hanya doa yang menjadi pengubat rindu, hanya bertemu di dalam mimpi. hati terasa sayu , kenangan yang tercipta walaupun seketika .. teringat kenangan same2 makan nasi dengan tempoyak , urut badan ibu , berbual tentang FL mcm2 lagi .. pesanan terakhir ibu jangan berhenti belajar, belajar selagi boleh & mampu .. Allah lebih sayangkan ibu, semoga roh ibu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. T.T .. aminnnnn ....  saya juga sayu sebab da besar2 pun masih bergantung dengan mak saya, sepatutnya saya sudah boleh membantu die.. Ya Allah kau permudahkanlah segala urusan keluarga ku dan kau berkatilah kehidupan kami , Ya Allah , kau bimbinglah kami ke jalan yang kau redhai dan ampukan segala doa kedua ibubapaku Ya Allah. 


p.s. iloveyou :puan haslina i love you so much ; Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Hajjah Norisam semoga roh Allahyarhamah di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman,.. aminnn ..